Pertama sekali,kami bersyukur atas rahmat Tuhan kerana memberkati program HELP TNS ini berjalan dengan sungguh lancar sekali.Walau bagaimanapun,usaha-usaha pelbagai pihak juga tidak dilupakan.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penaja ,CIMB dan YTL kerana sanggup mensubsidikan banyak wang untuk menjayakan program ini.Ribuan Terima Kasih juga tidak lupa diucapkan kepada pihak penganjur,TREES yang sanggup memilih sekolah kita sebagai salah satu peserta.

Seterusnya,kami mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kita kerana telah membenarkan kami menjalankan program yang amat bermakna ini.Walaupun aktiviti ini akan mengganggu sedikit banyak masa pembelajaran dan pengajaran di sekolah,pihak sekolah masih membenarkan aktiviti ini dijalankan.

Tambahan pula,tidak lupa juga kami ucapkan terima kasih kepada guru penasihat Team HELP TNS,Pn.Hasyuni,yang telah mengorbankan masa emas beliau dalam menjalankan dan memastikan program ini berjalan dengan lancar sekali.Beliau turut membimbing kami tentang cara-cara menjalankan program dan merancang aktiviti-aktiviti untuk mencapai objektif dan tujuan aktiviti ini.

Lebih-lebih lagi,saya sebagai pengurus laman web TNS Istana bersyukur kerana terdapat pengerusi TEAM HELP,Chan Yuen Kei yang berkaliber.Beliau telah banyak mengorbankan masanya untuk memantau segala aktiviti-aktiviti yang dijalankan.Tidak lupa juga saya ucapkan kepada semua AJK Team HELP.Mereka juga banyak menyumbang untuk membantu menjayakan program ini.

Di samping itu,kami juga mengucapkan terima kasih kepada semua pelajar SMK Sri Istana yang sanggup menyertai program ini secara sukarela.

Secara kesimpulannya,usaha pelbagai pihak sahajalah yang mampu menjayakan Program HELP TNS dengan lancar. Tanpa kerjasama semua pihak,tentu program ini tidak akan berjalan dengan begitu lancar kerana bertepuk sebelah tangan kita berbunyi.

Terima Kasih










Pada 26 Oktober 2009, Team H.E.L.P Taman Sri Istana menerima kunjungan 2 orang hakim dan diiringi oleh pengawai TrEES iaitu Puan Leela Panikkar dan Puan Christa Hashim pada pukul 2.15 petang.

Lawatan ini, dilakukan rententatan dari program ini, bertujuan untuk meninjau dan menilai hasil dari program Team H.E.L.P Taman Negeri Selangor.Segala aktiviti yang dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Istana adakah mencapai objektif atau pun tidak




























Perjalanan ke TNS

Pada 13 Ogos 2009, satu rombongan lawatan sambil belajar ke Hutan Lipur Sungai Tekala di Taman Negeri Selangor telah dijalankan. Lawatan ini merupakan anjuran Jabatan Perhutanan Selangor dan TrEEs Sdn. Bhd. sempena Program H.E.L.P TNS. Seramai 38 orang pelajar yang terdiri daripada Tingkatan 2 dan 4 telah menyertai rombongan tersebut. Lawatan tersebut sebagai pengenalan kepada Program Perubahan Iklim dan Kepelbagaian Biologi Sekolah 2009.

Peserta- peserta telah berkumpul di tapak letak kereta sekolah pada pukul 7.30 pagi. Rombongan bertolak pada pukul 7.45 pagi. Sepanjang perjalanan ke sana, kami berasa tidak sabar untuk pergi ke sana. Peserta- peserta sampai di Hutan Rekreasi Sg. Tekala pada pukul 9.15 pagi. Kami dijemput oleh Pn. Leela dan Pn. Krista daripada pihak TrEES. Sebelum diberi taklimat, kami telah menjamu sarapan pagi. Semasa sarapan pagi, pelajar dari SMK Seksyen 9 Shah Alam juga sampai di sana.

Pada 9.30 a.m. kami telah diberi taklimat tentang hutan sebelum kami pergi jungle trekking. En. Mohammad daripada Jabatan Perhutanan Selangor. Melalui penerangan beliau, kami mengetahui bahawa hutan menpunyai definisi tertentu seperti kawasan hutan perlu dilitupi sudur(canopy) tidak kurang daripada 10% baru digelar sebagai “hutan”. Kami juga diberitahu bahawa jumlah hutan di dunia terdiri daripada 47% hutan hujan tropika, 33% hutan boreal atau taiga, 11% hutan temperate dan 9% hutan subtropika. Selain itu, jenis hutan di Malaysia juga mempunyai keratan rentas yang tertertu. Misalnya, pada ketinggian 1200m, hutan terdiri daripada Hutan Oak Gunung dan hutan di puncak digelar sebagai Hutan Ericaceous Gunung.

Selepas taklimat diberi, jungle trekking telah dijalankan pada pukul 10.30 pagi. Kami dipesan oleh guru pengiring kami, iaitu Pn. Hasyuni dan Pn. Norsilawati untuk mengikut arahan diberi oleh pihak Jabatan Perhutanan Selangor sebelum aktiviti dijalankan. Kami telah dipecahkan kepada dua kumpulan supaya aktiviti dapat dijalankan dengan lebih selamat. Menurut maklumat mereka, hutan lipur ini mempunyai 11 perhentian dan setiap perhentian akan diberikan maklumat yang lanjut. Kami mengetahui bahawa hutan mempunyai kegunaan, seperti abstrak baju, kertas dan sebagainya. Hutan juga dapat mencegah banjir melalui kanopi yang dapat menyebarkan hujan dan akar sebagai penyerap air. Kami juga mengetahui tentang kegunaan herba di hutan, contohnya tumbuhan tapak sulaiman dapat membantu dalam penyakit barah. Di samping itu, kami juga dapat menentukan umur pokok- pokok melalui penjelasan oleh pihak mereka. Sebagai contoh, sebuah pokok jelutung tumbesarannya 1 tahun 0.7cm dan pokok jelutung yang paling besar mempunyai diameter 176cm dan berusia 250 tahun. Pada permulaan perjalanan, kami berasa sangat gembira kerana dapat mengekspedisi hutan. Namun, semakin tinggi kami berasa semakin letih kerana jalan di sana curam dan susah untuk berjalan. Kami tidak berputus asa dan telah menghabiskan ekspeidisi tersebut.

Selepas aktiviti tersebut tamat pada pukul 1.00 tgh hari, kami telah menjamu makanan tengah hari dan membuat persediaan bagi pembentangan tentang apa yang telah kami belajar semasa ekspedisi dijalankan. Pada pukul 2.00 petang, kami telah dibenarkan untuk bermandi- mandi di kawasan air terjun. Kami bermain sepenuh-penuhnya dan kami juga menikmati pemandangan di kawasan hutan. Peserta amat gembira kerana mereka dapat bermain dalam keadaan yang begitu selesa. Selepas minuman petang, pembentangan telah dijalankan. Pembentangan tersebut diwakili oleh setiap ketua kumpulan bersama dengan pelajar SMK Seksyen 9. Mereka menceritakan pengalaman mereka secara ringkas dan padat. Mereka juga menceritakan perasaan mereka sepanjang perjalanan mereka.

Sebelum balik, kami telah diberi cenderamata sebagai kenangan. Pn. Leela dan officer lain berterima kasih kepada kami kerana dapat mengikut arahan mereka. Pada pukul 4.15 petang, kami meninggalkan Hutan Rekreasi Sungai Tekala. Peserta sampai di sekolah pada pukul 6.00 petang. Melalui lawatan tersebut, kami memperoleh pengalaman yang sangat berharga dan tidak dapat dipelajari melalui P&P. Kami berharap kami dapat datang ke sana kali lain untuk memperoleh lagi ilmu pengetahuan.









Sungai yang cantik!!! =D



Pertandingan membuat banner

Tarikh : 5 Ogos 2009- 12 Ogos 2009
-setiap kelas tingkatan 1,2,4 sesi pagi akan diberikan dua helai kain berwarna putih (2 meter)
-melukis dan mewarnakan kain tersebut ( banner ) mengikut tema :

Taman Negeri Selangor

-hantar banner tersebut sebelum 12 Ogos 2009
-pada 13Ogos 2009, sesi pengambaran akan dijalankan
-pada perhimpunan minggu seterusnya, hadiah akan disampaikan



Contoh banner

*** lukisan mestilah melintang !


Help Enviroment Last Permanently !!!
Let's express our feeling throught this competition !