Pertama sekali,kami bersyukur atas rahmat Tuhan kerana memberkati program HELP TNS ini berjalan dengan sungguh lancar sekali.Walau bagaimanapun,usaha-usaha pelbagai pihak juga tidak dilupakan.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penaja ,CIMB dan YTL kerana sanggup mensubsidikan banyak wang untuk menjayakan program ini.Ribuan Terima Kasih juga tidak lupa diucapkan kepada pihak penganjur,TREES yang sanggup memilih sekolah kita sebagai salah satu peserta.

Seterusnya,kami mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kita kerana telah membenarkan kami menjalankan program yang amat bermakna ini.Walaupun aktiviti ini akan mengganggu sedikit banyak masa pembelajaran dan pengajaran di sekolah,pihak sekolah masih membenarkan aktiviti ini dijalankan.

Tambahan pula,tidak lupa juga kami ucapkan terima kasih kepada guru penasihat Team HELP TNS,Pn.Hasyuni,yang telah mengorbankan masa emas beliau dalam menjalankan dan memastikan program ini berjalan dengan lancar sekali.Beliau turut membimbing kami tentang cara-cara menjalankan program dan merancang aktiviti-aktiviti untuk mencapai objektif dan tujuan aktiviti ini.

Lebih-lebih lagi,saya sebagai pengurus laman web TNS Istana bersyukur kerana terdapat pengerusi TEAM HELP,Chan Yuen Kei yang berkaliber.Beliau telah banyak mengorbankan masanya untuk memantau segala aktiviti-aktiviti yang dijalankan.Tidak lupa juga saya ucapkan kepada semua AJK Team HELP.Mereka juga banyak menyumbang untuk membantu menjayakan program ini.

Di samping itu,kami juga mengucapkan terima kasih kepada semua pelajar SMK Sri Istana yang sanggup menyertai program ini secara sukarela.

Secara kesimpulannya,usaha pelbagai pihak sahajalah yang mampu menjayakan Program HELP TNS dengan lancar. Tanpa kerjasama semua pihak,tentu program ini tidak akan berjalan dengan begitu lancar kerana bertepuk sebelah tangan kita berbunyi.

Terima Kasih










Pada 26 Oktober 2009, Team H.E.L.P Taman Sri Istana menerima kunjungan 2 orang hakim dan diiringi oleh pengawai TrEES iaitu Puan Leela Panikkar dan Puan Christa Hashim pada pukul 2.15 petang.

Lawatan ini, dilakukan rententatan dari program ini, bertujuan untuk meninjau dan menilai hasil dari program Team H.E.L.P Taman Negeri Selangor.Segala aktiviti yang dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Istana adakah mencapai objektif atau pun tidak




























Perjalanan ke TNS

Pada 13 Ogos 2009, satu rombongan lawatan sambil belajar ke Hutan Lipur Sungai Tekala di Taman Negeri Selangor telah dijalankan. Lawatan ini merupakan anjuran Jabatan Perhutanan Selangor dan TrEEs Sdn. Bhd. sempena Program H.E.L.P TNS. Seramai 38 orang pelajar yang terdiri daripada Tingkatan 2 dan 4 telah menyertai rombongan tersebut. Lawatan tersebut sebagai pengenalan kepada Program Perubahan Iklim dan Kepelbagaian Biologi Sekolah 2009.

Peserta- peserta telah berkumpul di tapak letak kereta sekolah pada pukul 7.30 pagi. Rombongan bertolak pada pukul 7.45 pagi. Sepanjang perjalanan ke sana, kami berasa tidak sabar untuk pergi ke sana. Peserta- peserta sampai di Hutan Rekreasi Sg. Tekala pada pukul 9.15 pagi. Kami dijemput oleh Pn. Leela dan Pn. Krista daripada pihak TrEES. Sebelum diberi taklimat, kami telah menjamu sarapan pagi. Semasa sarapan pagi, pelajar dari SMK Seksyen 9 Shah Alam juga sampai di sana.

Pada 9.30 a.m. kami telah diberi taklimat tentang hutan sebelum kami pergi jungle trekking. En. Mohammad daripada Jabatan Perhutanan Selangor. Melalui penerangan beliau, kami mengetahui bahawa hutan menpunyai definisi tertentu seperti kawasan hutan perlu dilitupi sudur(canopy) tidak kurang daripada 10% baru digelar sebagai “hutan”. Kami juga diberitahu bahawa jumlah hutan di dunia terdiri daripada 47% hutan hujan tropika, 33% hutan boreal atau taiga, 11% hutan temperate dan 9% hutan subtropika. Selain itu, jenis hutan di Malaysia juga mempunyai keratan rentas yang tertertu. Misalnya, pada ketinggian 1200m, hutan terdiri daripada Hutan Oak Gunung dan hutan di puncak digelar sebagai Hutan Ericaceous Gunung.

Selepas taklimat diberi, jungle trekking telah dijalankan pada pukul 10.30 pagi. Kami dipesan oleh guru pengiring kami, iaitu Pn. Hasyuni dan Pn. Norsilawati untuk mengikut arahan diberi oleh pihak Jabatan Perhutanan Selangor sebelum aktiviti dijalankan. Kami telah dipecahkan kepada dua kumpulan supaya aktiviti dapat dijalankan dengan lebih selamat. Menurut maklumat mereka, hutan lipur ini mempunyai 11 perhentian dan setiap perhentian akan diberikan maklumat yang lanjut. Kami mengetahui bahawa hutan mempunyai kegunaan, seperti abstrak baju, kertas dan sebagainya. Hutan juga dapat mencegah banjir melalui kanopi yang dapat menyebarkan hujan dan akar sebagai penyerap air. Kami juga mengetahui tentang kegunaan herba di hutan, contohnya tumbuhan tapak sulaiman dapat membantu dalam penyakit barah. Di samping itu, kami juga dapat menentukan umur pokok- pokok melalui penjelasan oleh pihak mereka. Sebagai contoh, sebuah pokok jelutung tumbesarannya 1 tahun 0.7cm dan pokok jelutung yang paling besar mempunyai diameter 176cm dan berusia 250 tahun. Pada permulaan perjalanan, kami berasa sangat gembira kerana dapat mengekspedisi hutan. Namun, semakin tinggi kami berasa semakin letih kerana jalan di sana curam dan susah untuk berjalan. Kami tidak berputus asa dan telah menghabiskan ekspeidisi tersebut.

Selepas aktiviti tersebut tamat pada pukul 1.00 tgh hari, kami telah menjamu makanan tengah hari dan membuat persediaan bagi pembentangan tentang apa yang telah kami belajar semasa ekspedisi dijalankan. Pada pukul 2.00 petang, kami telah dibenarkan untuk bermandi- mandi di kawasan air terjun. Kami bermain sepenuh-penuhnya dan kami juga menikmati pemandangan di kawasan hutan. Peserta amat gembira kerana mereka dapat bermain dalam keadaan yang begitu selesa. Selepas minuman petang, pembentangan telah dijalankan. Pembentangan tersebut diwakili oleh setiap ketua kumpulan bersama dengan pelajar SMK Seksyen 9. Mereka menceritakan pengalaman mereka secara ringkas dan padat. Mereka juga menceritakan perasaan mereka sepanjang perjalanan mereka.

Sebelum balik, kami telah diberi cenderamata sebagai kenangan. Pn. Leela dan officer lain berterima kasih kepada kami kerana dapat mengikut arahan mereka. Pada pukul 4.15 petang, kami meninggalkan Hutan Rekreasi Sungai Tekala. Peserta sampai di sekolah pada pukul 6.00 petang. Melalui lawatan tersebut, kami memperoleh pengalaman yang sangat berharga dan tidak dapat dipelajari melalui P&P. Kami berharap kami dapat datang ke sana kali lain untuk memperoleh lagi ilmu pengetahuan.









Sungai yang cantik!!! =D



Pertandingan membuat banner

Tarikh : 5 Ogos 2009- 12 Ogos 2009
-setiap kelas tingkatan 1,2,4 sesi pagi akan diberikan dua helai kain berwarna putih (2 meter)
-melukis dan mewarnakan kain tersebut ( banner ) mengikut tema :

Taman Negeri Selangor

-hantar banner tersebut sebelum 12 Ogos 2009
-pada 13Ogos 2009, sesi pengambaran akan dijalankan
-pada perhimpunan minggu seterusnya, hadiah akan disampaikan



Contoh banner

*** lukisan mestilah melintang !


Help Enviroment Last Permanently !!!
Let's express our feeling throught this competition !



-Rasa pening akan kertas-kertas dan suratkhabar lama yang terkumpul

dalam rumah dan kelas anda ?

-Tiada tempat untuk membuangkan kertas-kertas ini?

KINI, ANDA BERPELUANG UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH ANDA DENGAN CARA YANG LEBIH SENANG!

Tempat : Tangga sebelah koperasi sekolah

Masa : Setiap hari Selasa ( 4 Ogos- 30 September)selepas sekolah

Berikanlah kertas-kertas dan suratkhabar lama anda kepada kita, dan kita akan menghantarkannya ke pusat kitar semula. Dengan cara ini, anda bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah anda malah juga dapat membantu dan menyokong program alam sekitar! ( Kita perlukan kertas sahaja , BUKAN SAMPAH LAIN!)

TUNGGU SEBENTAR!!!

Bukan begitu sahaja, setiap individu dan kelas yang mencapai target akan menerima hadiah !

Hadiah akan diberikan semasa perhimpunan ( setiap hari Isnin semasa perhimpunan ) kepada sesiapa yang :

Kategori Guru : Kategori Pelajar(individu) Kategori Kelas:

Lebih daripada 5 kg Lebih daripada 5 kg Lebih daripada 20 kg

Inilah peluang keemasan anda ? Tunggu apa lagi ? Jom menyertai program ini!

HELP Environment Last Permanently



Istana Environment Idol

Pertandingan Mencipta Lagu

Adakah anda mempunyai bakat menulis dan mencipta lagu ?

Sertailah kami dalam Pertandingan Mencipta Lagu sempena Program HELP TNS, SMK Sri Istana!!!

Syarat- syarat :

- Setiap kumpulan harus mempunyai 4 orang ahli.

- Lagu dan lirik mestilah asli

- Tidak kurang daripada 3 minit

- Lagu bertemakan Alam Sekitar atau Taman Negeri Selangor

- Hantar nama kepada : Norashikin Binti Sulaiman (4B)

Elisa Haida (4B)

Sebelum 7 Ogos (Jumaat)

- Pertandingan akan dijalankan pada 13 Ogos ( Tempat pertandingan akan diumumkan selepas peserta-peserta memberi nama )

- Sila menyediakan CD dan alatan muzik sendiri !

HELP Environment Last Permanently!!!




*****Ini merupakan maklumat yang penting bagi seluruh penduduk negeri Selangor*****









......
......
Adakah anda, sebagai seorang warga SMKSI ingin melihat sekolah kita menjadi ceria dengan tumbuh- tumbuhan?

Sempena Program H.E.L.P TNS, program sekolah hijau akan dijalankan

Tujuan
Menceriakan kawasan sekolah dan meningkatkan kesedaran pelajar tentang kepentingan TNS terhadap ekosistem

Target
Pelajar Tingkatan 1,2,4 SMK Sri Istana

Secara terperinci
-Setiap kelas yang terlibat perlu menderma sekurang-kurangnya 5 pokok
-tanah belakang blok C akan dibahagikan kepada setiap kelas
-Setiap kelas dikehendaki menghiaskan tanah tersebut dengan pelbagai jenis tumbuhan
-program ini akan akan berlangsung selama 1 bulan (ogos-september)
-pengadil akan memberi markah pada setiap minggu
- markah akan ditunjukkan dalam laman web ini dan korner help( lorong sebelah makmal fizik)
-Hadiah yang lumayan akan diberikan kepada kumpulan yang menang

Tarikh
4 August- 9 September

Pelan


****Demi sekolah, demi Taman Negeri Selangor, marilah menyertai pertandingan ini dengan hati yang terbuka !

HELP environment last permanently





Amalan Mesra Alam semasa Membeli Belah
Enviromental Friendly Practices when Shopping






Mind Map :
Amalan Mesra Alam di Pejabat
Enviromental Friendly Practices in the office




1.When we are shopping, we can buy vegetables and fruits which are grown using compost and without pesticides.
Semasa kita membeli-belah, kita boleh beli sayur-sayuran dan buah-buahan dari ladang organik) menggunakan baja organic / kompos dan tanpa racun makluk perosak).

2.Secondly, we should not buy products which are made from endangered species of animals or plants to maintain biodiversity in the environment.
Kedua, kita sebagai pembeli yang bijak tidak harus membeli barang-barang yang diperbuat daripada haiwan atau tumbuhan terancam bagi mengekalkan biodiversity yang menjamin keseimbangan alam sekitar.

3.Next, we can prepare a shopping list before buying to avoid impulse purchase, which normally contributes to more household waste. In same way, you must plan your shopping to save fuel and time. If you can, do all your errands in one trip, walk if possible to avoid driving and traffic congestion, thus reducing air pollution.
Seterusnya, kita perlulah rancangkan pembelian untuk mengelakkan daripada membeli barangan yang tidak perlu.Tambahan pula, kita haruslah rancangkan tempat untuk membeli-belah bagi menjimatkan bahan api dan masa. Belilah barang keperluan benign sekali sahaja. Sebaik baiknya kurang memandu bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas atau berjalanlah untuk mengurangka pencemaran udara.

4.In similarly, for those who want to go market to buy things, you can bring your own reusable shopping bag to the store. Plastics bags are not biodegradable and can take up to 500 years to breakdown.
Di samping itu, kita boleh menggunakan beg sendiriuntuk membeli-belah. Beg plastiik tidak boleh dilupuskan dan mengambil masa sehigga 500 tahun untuk diuraikan.


‘ In short, our environment is changing for the worse. However, this situation can be improved if everyone is concerned and care deeply about global warming by implementing environmental friendly practices to safeguard the Earth fo future generations. ‘
‘Keadaan persekitaran kita semakin berubah ke tahap yang lebih teruk. Walau bagaimanapun, situasi ini boleh diperbaiki sekiranya setiap individu peke dan prihatin terhadap isu pemanasan global yang sedang melanda dunia dengan mengamalkan amalan mesra alam bagi menjamin kelestirian alam untuk generasi yang akan dating. ‘


1. At first, we can use public transportation to reduce air pollution and save on fuel consumption.
Pertama, kita boleh gunakan pengangkutan awam bagi mengurangkan pencemaran udara yang dapat menjimatkan penggunaan petrol.

2. Secondly, we also can recycle newspaper, used paper and cardboard. Set up a recycle bin for collection of used paper products.
Kedua, kita juga boleh mengitar semula surat khabar , kertas terpakai dan kadbod. Sediakan bekas khas kitar semula untuk mengumpul kertas yang telah digunakan.

3. When you have your tea , please use your own mug avoid using non-biodegradable Styrofoam cups. This helps to reduce waste. Make your drinks in a pitcher and have it together with colleagues.
Semasa kamu tengah menikmati minuman, sila amalkan mengguna bekas minuman sendiri dan elakkan penggunaan cawan yang diperbuat daripada`styrofoam’ yang tidak boleh lupus. Sediakan minuman di dalam jag dan nikmati bersama rakan –rakan sepejabat.

4. Normally, we will open the computer whole day when we are not use it. This may cause the computer lost a lot of energy. In comparison, we should use computers efficiently. We can shorten the interval for the monitor to enter the sleep mode. After shutting down the computer, should unplug the machine to prevent energy wastage.
Pada amnya, kita senantiasa membiarkan komputer buka apabila tidak guna komputer . Ini akan mengurangkan tenaga elektrik dengan cepat. Sebaliknya, kita haruslah gunakan komputer sebaiknya. Kurangkan jangka masa untuk monitor berada dalam keadaan`sleep mode’. Selepas menutup computer,buka plak untuk mengelakkan pembaziran tenaga.

5. More than that, our government also encourage car pooling to reduce air pollution and alleviate traffic congestion. Sharing a ride with someone 2 days a week will reduce carbon dioxide emissions by 1590 pounds a year.
Pada masa kini, kerajaan kita juga menunjukkan sokongan dalam perkongsian kenderaan bagi mengurangkan pencemaran udara dan kesesakan jalan raya. Berkongsi kenderaan dengan seseorang selama 2 hari dalam seminggu dapat mmengurangkan pelepasan karbon dioksida sehigga 1590 paun setahun.

In short, each students has a role to play in reducing pollution. The understanding of the dangers of dangers of pollution has to start at young age and students especially are well poised to live a life that is pollution free as well as spread awareness on the importance of a safe future.







1.Taman pokok mencantikkan persekitaran sekolah.Pokok menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen ke atmosfera.


Plant trees to beautify the school compound.Trees adsorb CO2 and release O2 into the atmosphere.


2. Amalkan pengggunaan cahaya semula jadi dan biarkam tingkap terbuka. Padamkan suis lampu dan kipas yang tidak digunakan.


Better rely on natural lighting and leave windows open. Switch off the light and fans which are not in use.


3.Gunakan sapu tangan bagi mengurangkan penggunaan kertas tisu dan menjimatkan tenaga.


Use handkerchief instead of tissue paper to reduce waste and save energy.


4.Pastikan persekitaran sekolah sentiasa bersih dengan menggunakan tong sampah dan pupuk amalan ini di dalam masyarakat kita.


Keep the school compound clean by using the litter bins and let the habit grow in our community.


5. Tutup paip dengan sempurna. Paip yang dibiarkan terbuka mengakibatkan pembaziran sehingga 9 liter air seminit.


Ensure the tap is properly turned off. A running tap can waste up to 9 liter of water per minute.




6. Gunakan mesin kira yang mempunyai kuasa suria.


Switch to solar powered calculator.


7. Berjalan atau berbasikal ke sekolah untuk mengurangkan pencemaran udara yang berpunca daripada penggunaan kenderaan bermotor.


Walk or cycle to school to reduce pollutants emitted from motor vehicles.


8. Gunakan klip kertas biasa berbanding klip berwarna kerana ia boleh mengakibatkan keracunan cadmium.


Use ordinary paper clips instead of colour paper clips which cause cadmium poisoning.



9.Gunakan tong kitar semula. Asingkan bahan buangan seperti kertas,tin dan botol kaca atau plastic.


Use recycle bins. Sort of your waste like paper, cans and glass or plastic bottles.


10.Beli kertas yang dikitar semula. Ia membantu mengurangkan bilangan pokok yang ditebang untuk menghasilkan kertas.


Buy your writing materials made of recycled paper. This helps to reduce the number of trees cut to produce paper.


11. Bawa bekalan makanan sendiri ke sekolah. Ia lebih menyihatkan. Menjimatkan wang dan kebersihannya juga terjamin.


Bring your own food to school. It is healthier, cost saving and the cleanliness is ensured.


12. Kurangkan penghasilan sampah dengan menggunakan pena berdakwat yang boleh diisi semula dan pensil mekanikal.


Reduce wate generation by using fountain pen and mechanical pencil.







1. Gunakan kain untuk mengelap meja dapur berbanding kertas kerana boleh diguna semula.


Use cloth towels instead of tissue papers as it can be reused.



2. Guna semula bekas kaca dan plastic sebagai tempat menyimpan barang.


Reuse glass and plastic containers as storage items.


3. Gunakan kuali memasak yang sesuai saiznya dan tutup periuk semasa memasak untuk menjimatkan tenaga.Penggunaan periuk dan pengukus adalah lebih baik dan dapat menjimatkan tenaga sehingga 70%.


Use proper size of pans to cook your food and cover your pots while cooking to save energy.The usage of pressure cookers and steamers are better and can save around 70% of the energy.


4. Guna semula beg plastic membeli belah untuk mengisi sampah.

Reuse shopping plastic bags to throw garbage.


5. Menggunakan bahan organic sebagai baja kerana nutriennya tinggi.Cuba hentikan penggunaan racun makhluk perosak.


Compost organic waste for a nutrient-rich fertilizer.Stop using pesticides.


6. Mengitar semula kertas atau surat khabar lama.

Recycle unused papers or old newspaper.


7. Gunakan mesin basuh pakaian apabila muatannya penuh.Air bilasan boleh digunakan untuk diguna semula bagi mencuci lantai atau tandas.

Use the washing machine when they are full.The run-off water is collected to be reused to wash the floor or the toilet.


8. Membasuh kereta dengan menggunakan paip semburan amat membazirkan.Gunakan air yang diisi dalam baldi untuk mencuci kereta.

Washing cars with a hose waste much water.Wash your car with water in a pail

Instead.


9. Kawal kadar aliran air apabila menggunakan paip.Aliran air yang rendah dapat menjimatkan 25%-50% penggunaan air.


Adjust the water flow rate when using taps as low-flow water can reduce 25%-50% of water consumed.


10. Gunakan mesin basuh pakaian yang jimat tenaga.Sebelum membeli mesin basuh pakaian,baca label kecekapan penjimatan tenaga mesin tersebut.Dengan memilih mesin basuh yang tinggi penjimatan tenaganya,penggunaan air dan elektrik dapat dikurangkan sebanyak 50%.


Use an energy efficient washing machine before purchasing it.Read the energy efficiency labels before purchasing in order to save at least 50% of water and electricity consumption.


11. Pasangkan sistem dua curahan pada tandas.Jika dibandingkan dengan system satu curahan,system ini dapat mengurangkan penggunaan air sebanyak 50% untuk sebuah keluarga.

Equips dual flush toilet system instead of traditional single flush as it will reduce water consumption by 50% for a family.


12. Gunakan pancuran untuk mandi dan elakkan mandi dengan menggunakan air takungan.Hal in dapat menjimatkan sebanyak 4 kali ganda tenaga.

Take showers instead of a bath to save up to 4times less energy than a bath.


13. Isikan air ke dalam sinki untuk membasuh sayur-sayuran atau pinggan mangkuk untuk menjimatkan 15kali penggunaan air berbanding membasuh di bawah paip air yang mengalir berterusan.

Fill the sink with water to wash vegetables or dishes to save up to 15 times of water consumed compared to a running tape.



14. Semasa memberus gigi,gunakan air yang diisi dalam bekas dan elakkan pembaziran air.

When brushing your teeth,use water in a container and avoid wastage of water.



15. Jimatkan tenaga dan lindungi penglihatan daripada rosak dengan mengurangkan keamatan cahaya skrin televisyen,Apabila keamatan cahaya skrin televisyen terlalu tinggi,lebih banyak tenaga diperlukan dan jangka hayat televisyen akan berkurang.


Save energy and protect your eyesight by decreasing the level of brightness of your TV screen.When the level of brightness of a TV screen is too high,more electricity is consumed and the lifespan of the TV is also shortened.

16. Gunakan peralatan elektrik yang jimat tenaga.Padam dan buka plak selepas menggunakannya.Peralatan elektrik seperti televisyen yang digunakan selama 3 jam sehari dan selebihnya dibiarkan dalam keadaan ‘Standby mode’ selama 21jam akan menggunakan sehingga 40% tenaga dalam keadaan ‘Standby mode’.


Use energy efficient electrical appliances.Switch off and unplug electrical appliances after use.Electrical appliances such as TV set that is switched on for 3 hours a day and in standby mode during the remaining 21 hours uses about 40% of its energy in standby mode.


17. Tempatkan peti sejuk jauh daripada sumber haba untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida.

Place fridge away from heat source to reduce the carbon dioxide production.



18. Gunakan mentol berpendaflour padat[CFL] berbanding mentol bercahaya pijar


untuk menjimatkan 60% tenaga berbanding mentol bercahaya pijar.


Used compact fluorescent light bulb[CFL] instead of a regular incandescent light bulb to save up to 60% of the energy compared to the regular incandescent light.

19. Gunakan pemanas air berkuasa solar untuk menjimatkan tenaga elektrik.


Use solar water heaters to conserve electricity.



20. Gunakan peti sejuk sebaik-baiknya untuk menjimatkan tenaga.Nyah beku secara berkala dan elakkan membuka peti sejuk dengan kerap.


Use refrigerator efficiently to save power.Defrost regularly and prevent opening the refrigerator door frequently.


21. Berbasikal atau berjalan kaki jika boleh.[Ke kawasan berdekatan] kerana mesra alam dan menyihatkan tubuh badan.


Ride a bicycle or choose to walk to nearby places as it is environmental friendly and good for health.



22. Gunakan langsir atau bidai berwarna putih untuk memantulkan haba dan mengurangkan pemanasan.


Use white curtains or shades to help reflect heat and keeping indoors cool.


23. Menyokong program kitar semula.


Support recycling programmme.


24. Mengelakkan mesin pengering malah menjemur pakaian di bawah cahaya matahari untuk menjimatkan sebanyak 700paun karbon dioksida dalam tempoh 6 bulan.


Avoid dryer and use sunlight to dry clothes instead to save up to 700 pounds of carbon dioxide in 6 months.


****Mind map will be posted in 2 days time.

Peta minda akan dipaparkan dalam masa dua hari.




Selangor State Park Forest River



And also some Picture !!!!








The project towards the establishment of Taman Negeri Selangor (Selangor State Park)' was an initiative to protect the State's forests and water supply and was jointly funded by TrEES and the Selangor State Government. The project was a result of TrEES lobbying the State Government, together with the community, for more than 10 years.

In this innovative approach to the project, TrEES and the Town and Country Planning Department of Selangor as project facilitators engaged over 30 different stakeholders including government departments and NGOs, to work together to make the park a reality.

The park is the source of 98% of Selangor's, KL's & Putrajaya's water supply and is crucial to Selangor maintaining its self-sufficiency in vital natural resources.

In August 2005, the Selangor State Government, together with the Deputy Prime Minister, officially declared 107,000 hectares of the study area for gazettement as Taman Warisan Selangor. In 2007, over 91,000 hectares was gazetted as 'State Park'. TrEES is a member of the Technical Committee for the park and continues to lobby for the remaining areas to be gazetted.