Pertama sekali,kami bersyukur atas rahmat Tuhan kerana memberkati program HELP TNS ini berjalan dengan sungguh lancar sekali.Walau bagaimanapun,usaha-usaha pelbagai pihak juga tidak dilupakan.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penaja ,CIMB dan YTL kerana sanggup mensubsidikan banyak wang untuk menjayakan program ini.Ribuan Terima Kasih juga tidak lupa diucapkan kepada pihak penganjur,TREES yang sanggup memilih sekolah kita sebagai salah satu peserta.

Seterusnya,kami mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kita kerana telah membenarkan kami menjalankan program yang amat bermakna ini.Walaupun aktiviti ini akan mengganggu sedikit banyak masa pembelajaran dan pengajaran di sekolah,pihak sekolah masih membenarkan aktiviti ini dijalankan.

Tambahan pula,tidak lupa juga kami ucapkan terima kasih kepada guru penasihat Team HELP TNS,Pn.Hasyuni,yang telah mengorbankan masa emas beliau dalam menjalankan dan memastikan program ini berjalan dengan lancar sekali.Beliau turut membimbing kami tentang cara-cara menjalankan program dan merancang aktiviti-aktiviti untuk mencapai objektif dan tujuan aktiviti ini.

Lebih-lebih lagi,saya sebagai pengurus laman web TNS Istana bersyukur kerana terdapat pengerusi TEAM HELP,Chan Yuen Kei yang berkaliber.Beliau telah banyak mengorbankan masanya untuk memantau segala aktiviti-aktiviti yang dijalankan.Tidak lupa juga saya ucapkan kepada semua AJK Team HELP.Mereka juga banyak menyumbang untuk membantu menjayakan program ini.

Di samping itu,kami juga mengucapkan terima kasih kepada semua pelajar SMK Sri Istana yang sanggup menyertai program ini secara sukarela.

Secara kesimpulannya,usaha pelbagai pihak sahajalah yang mampu menjayakan Program HELP TNS dengan lancar. Tanpa kerjasama semua pihak,tentu program ini tidak akan berjalan dengan begitu lancar kerana bertepuk sebelah tangan kita berbunyi.

Terima Kasih










Pada 26 Oktober 2009, Team H.E.L.P Taman Sri Istana menerima kunjungan 2 orang hakim dan diiringi oleh pengawai TrEES iaitu Puan Leela Panikkar dan Puan Christa Hashim pada pukul 2.15 petang.

Lawatan ini, dilakukan rententatan dari program ini, bertujuan untuk meninjau dan menilai hasil dari program Team H.E.L.P Taman Negeri Selangor.Segala aktiviti yang dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Istana adakah mencapai objektif atau pun tidak